Transformasi Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) : Kesediaan Guru Vokasional dalam Pelaksanaan Pengajaran Kursus Seni Kulinari Kolej Vokasional

Anis Zakaria, Nur Aisyah Mhd Noor Asmara

Abstract


Kajian ini merupakan kajian kuantitatif berbentuk kaedah tinjauan deskriptif yang bertujuan untuk mengetahui kesediaan guru dalam pelaksanaan pengajaran Kursus Seni Kulinari di kolej vokasional aliran Ekonomi Rumah Tangga (ERT). Kesediaan guru yang dikaji adalah dari segi tahap pengetahuan dan pemahaman guru terhadap sukatan pelajaran Kursus Seni Kulinari, tahap keyakinan guru dan permasalahan yang dihadapi dalam mengendalikan pengajaran Kursus Seni Kulinari. Kajian ini telah dijalankan kepada guru yang mengajar Kursus Seni Kulinari di tiga buah kolej vokasional (KV) iaitu KV Ekonomi Rumah Tangga (ERT) Setapak (Selangor), KV Sultan Abdul Samad (Selangor) dan KV Dato Undang Haji Muhammad Sharip, Rembau (Negeri Sembilan). Secara keseluruhannya, didapati tahap pengetahuan dan pemahaman guru terhadap sukatan pelajaran Kursus Seni Kulinari berada pada tahap tinggi. Namun tahap keyakinan guru dalam mengendalikan pengajaran Kursus Seni Kulinari berada pada tahap tinggi yang sederhana.  Permasalahan yang dihadapi oleh guru dalam mengendalikan pengajaran Kursus Seni Kulinari juga perlu diberi perhatian dengan aspek peralatan serta pengetahuan dan kemahiran guru dilihat sebagai masalah yang dikenalpasti berada pada tahap yang tinggi. Kajian ini juga telah memberikan beberapa cadangan kajian dan juga cadangan lanjutan bagi meningkatkan kesediaan guru dalam pelaksanaan pengajaran Kursus Seni Kulinari di kolej vokasional.

Full Text:

PDF

References


Alimuddin Mohd Dom. (2011, September 19). Martabatkan pendidikan vokasional. Utusan Malaysia.

Azila Dason, Rohana Hamzah, & Amirmuddin Udin. (2010). Hala tuju Pendidikan Teknik Dan Vokasional ke arah memartabatkan falsafah pendidikan negara. Journal of Edupres,1-13.

Azlina Kosnin & Mazlifah Ahmad. (2010). Tahap kesediaan pengetahuan dan kemahiran kemahiran amali guru-guru PKPG sekolah rendah mengajar kemahiran hidup di sekolah menengah,1-6.

Bahagian Pendidikan Teknik Vokasional. (2012). Maklumat Pendidikan Transformasi Pendidikan Vokasional. Dicapai daripada www.bptv.edu.my/v4/index.php /transformasi-pendidikan-vokasional

Faridah Johari, Widad Othman, Hairul Ismail & Zainudin Isa. (2014). Isu dan cabaran pelaksanaan Pendidikan Asas Vokasional (PTV) di sekolah menengah harian, Malaysia, conference on Professional Development In Education (PDE2014), Widyatama University Indonesia, Open University Indonesia and Open University Malaysia.

Hairuddin Harun, Noorazman Samad, Siti Hajar Zakariah & Razali Hassan. (2013). Teacher’s workload influence the usage of technology.

Ismail, S. (2011). Program transformasi pendidikan vokasional. Dicapai daripada http://web8.bernama/v5/bm/newsindex.php?=612538.

Kementeriaan Pendidikan Malaysia. (2012, Disember). Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional. Dicapai daripada http://www.moe.gov.my/my/profil-jabatan?div=20

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Panduan pelaksanaan kurikukum: PAV di

Sekolah menengah harian, Tingkatan 1 hingga 3. Wilayah Persekutuan Putrajaya:Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Kemmis, R. B., & Green, A. (2013). Vocational education and training teachers' conceptions of their pedagogy. International Journal of Training Research, 11(2), 101-121.

Mohd Majid Konting. (2005). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Norashid Othman & Hamzah Md. Omar. (2014). Beban tugas dan motivasi pengajaran Guru di sekolah menengah daerah Ranau. Jurnal Pemikir Pendidikan, 5, 35-57.

Otacioglu, S. G. (2008). Prospective teachers' problem solving skills and self-confidence levels. Educational Sciences theory & practice, 915-923.

Rashid. (2006). Persepsi guru mata pelajaran Kemahiran Hidup terhadap pengajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah menengah Zon Skudai, Johor Darul Takzim. Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana Muda.

Saedah Siraj, & Mohammed Sani Ibrahim. (2012). Standard kompetensi guru Malaysia, paper presented at the Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Malaysia, 07-09 Oktober 2012, The Zone Regency by The Sea, Johor Bahru.

Yahya Buntat & Lailinanita Ahamad. (2011). Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Dalam Kalangan Guru-guru Teknikal di Sekolah Menengah Teknik dari Perspektif Guru. (Tidak diterbitkan), p.1-8, Universiti Teknologi Malaysia.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.

Publisher Address | Alamat Redaksi
Kantor Prodi PKK FPTK UPI Lantai 2.
Jalan Setiabudhi No. 229, Kota Bandung, Jawa Barat, Indonesia 40154. Telp. (022) 2013163 Pes. 34120 Fax. (022) 20136595.
Email: prodi-pkk@upi.edu

Google_Scholar BASE pkp-index IOS  BASE