SOFTSKILLS – KEPENTINGANNYA DALAM MEMENUHI KEBOLEHPASARAN PEKERJAAN TERHADAP GRADUAN POLITEKNIK JOHOR BAHRU (PJB)

Hamzah Bin Zakaria, Saidatul Nizan Bt. Nasroddin, ZulHilmy Bin Hashim

Abstract


Kejayaan pembangunan Softskills amat bergantung kepada mutu sistem pendidikan negara. Persaingan yang semakin meningkat di peringkat global memerlukan tenaga kerja yang cukup kompeten, beretika, kreatif serta mempunyai daya saing yang tinggi. Kemahiran Soft Skills dikalangan pelajar bukan lagi merupakan isu baru. Malah ia sudahpun menjadi isu global. Persaingan untuk mendapatkan pekerjaan telah menjadikan elemen Softskills semakin diperlukan. Setiap tahun, Politeknik Johor Bahru sentiasa terus menghasilkan graduan dan pelajar terlatih. Namun demikian didapati bilangan dan peratusan keluaran daripada Politeknik Johor Bahru ini masih tidak dapat menampung kekosongan pekerjaan meskipun keluaran sesuatu kumpulan pekerjaan itu, melebihi daripada kekosongan. Dalam era globalisasi dan perkembangan dunia sekarang, kebanyakan majikan memerlukan pekerja yang bukan hanya memiliki kemahiran teknikal atau hard skills sahaja tetapi juga mempunyai kemahiran Softskills. Pekerja yang mempunyai kemahiran tersebut akan dapat menyesuaikan diri dengan semua jenis pekerjaan dan bersifat serba boleh (multi skills) bersesuaian dengan keperluan dunia pekerja masa kini. Justeru,kertas kerja ini ditulis dengan tujuan untuk mengupas kepentingan elemen Softskills bagi melahirkan pelajar Politeknik Johor Bahru yang ‘marketable’ dan ‘multi- tasking’. Silibus Latihan Industri telah digubal dengan memasukkan elemen softkills sebelum pelajar pergi menjalani latihan industri.Hasilnya penguasaan softskills dikalangan pelajar bertambah baik dari semasa ke semasa. Lantaran itu banyak peluang-peluang pekerjaan diberikan kepada pelajar PJB dan organisasi berpuashati terhadap prestasi yang ditunjukkan oleh pelajar

Full Text:

PDF


DOI: https://doi.org/10.17509/thej.v5i2.2003

DOI (PDF): https://doi.org/10.17509/thej.v5i2.2003.g1385

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 4.0 International License.